Thursday, February 24, 2011

FLB Tetap Best!!

Salam Jumaat buat semua. Kali ini aku bukan ingin menunjukkan bukti komisyen yang diterima melalui program ini. Tetapi hanya sekadar ingin bercakap semborono memandangkan blog ini aku yang punya. Haha.. Secara peribadi program ini memang best sekiranya anda upgrade keahlian anda dan seterusnya memiliki domain anda sendiri. Seterusnya, jika anda melakukan promosi secara berterusan dan agresif, dan menerima kemasukan list setiap hari, maka peluang anda akan makin tinggi untuk mendapat komisyen dalam masa terdekat. Bagi yang belum upgrade, anda dinasihatkan supaya upgrade dan melakukan promosi secara berterusan untuk mendapatkan list anda sendiri.
Status aku sebagai pelajar membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti sementara daripada mempromosikan program ini. Apatah lagi salah satu cara promosi aku iaitu google adwords telah digantung akibat sedikit kesilapan teknikal yang telah aku lakukan. Google ni memang hampeh!! Bende kecik pon kena suspend gak! Justeru, buat sementara ini aku ingin berehat sementara sehingga ke tarikh yang aku tak tahu lagi. Ini juga disebabkan aku berada di semester akhir pengajian aku. Aku ingin fokus kat pelajaran dahulu dan promosi program ini masih boleh dilakukan kemudian.
Walaubagaimanapun, dengan komisyen terkumpul RM1500 dengan promosi secara malas sahaja memang membuktikan program ini tetap best. Jika anda seorang yang sudah bekerja, flb adalah salah satu program menambahkan pendapatan sampingan yang amat disyorkan. Sepanjang penyertaan aku dalam program ini, memang banyak yang aku pelajari. Pelbagai selok belok terdapat dalam perniagaan online ini dan banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya. Semakin lama dalam perniagaan online ni, semakin banyak benda yang aku jumpa. Tetapi keghairahan untuk mempelajari semua tu terbatas dengan komitmen aku sebagai pelajar. Walaupun komisyen tidak mencapai ribuan, aku berpuas hati dengan perjalanan program ini. Terima kasih jugak kepada list-list yang sudi bertanya selama ini. Aku telah mencuba untuk menjawab sebaik yang mungkin dan harap anda semua berpuas hati. Aku akan aktif dengan program ini apabila aku telah bersedia nanti. Terima kasih kepada semua dan juga terima kasih tidak terhingga kepada Mohd Nizam.